Sunday, November 01, 2009

Dotkomania - Dapatkan di kedai-kedai buku dalam waktu terdekat



Alhamdulillah, akhirnya saya menerima naskah 'hadiah ikhlas' dari Dewan Bahasa & Pustaka, sejumlah antologi 'Dotkomania'. Buku ini adalah antologi kedua perseorangan (pertama adalah antologi puisi 'Waikato' diterbitkan DPB dalam tahun 2000) karya saya dan antologi pertama untuk cerpen.

Hampir kesemua cerpen ini telah disiarkan dalam pelbagai akhbar dan majalah seperti Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Masyarakat, Mingguan Malaysia dan Berita Minggu. Ada diantaranya diangkat sebagai pemenang hadiah sastera.

'Dotkomania' akan berada di pasaran dan harapan saya, sudilah membeli sebagai koleksi bernilai dalam dunia sastera tanahair. Pada saudara mara dan kawan-kawan, harap jangan minta buku ini sebagai hadiah cenderahati....bantulah sastera tanahair dengan membeli senaskah untuk diri sendiri atau hadiahkan pada anak-anak dan kawan-kawan lain.

Dari kulit belakang buku:-
Kebangkitan Internet, teknologi maya dan sistem komunikasi tanpa waya, mengisi dunia teknologi maklumat yang makin canggih dan mencabar. Namun kehidupan manusia dan persoalan masyarakatnya tetap terus berlangsung, dalam apa jua keadaan pun. Justeru, 42 buah cerpen Fudzail dalam kumpulan ini menyangkuti persoalan kehidupan manusia dalam satu dimensi baru karya kreatif yang menggulati dunia teknologi maklumat secara konstruktif dan berwawasan.
Saya ingin menambah, cerpen-cerpen yang terkandung dalam 'Dotkomania' bukan sahaja berligar dalam dunia Internet, IT dan komunikasi tanpa wayar, malah mengandungi kehidupan siswa di New Zealand, kehidupan ekspatriat di United Arab Emirates, kehidupan golongan profesional, kembara di Amerika Syarikat, Eropah, selain perkembangan dakwah dan senario politik negara dalam dimensi berbeda.

Kandungan 'Dotkomania'
  1. Kitul
  2. 1.1.00
  3. Hijrah diWaikato
  4. Inkarnasi
  5. Cef Nick
  6. 11A, Old Farm Road
  7. Revolusi Java
  8. Agenda
  9. www.gosip.com.my
  10. Kiamat
  11. Cuti
  12. Khemah Penggodam
  13. Hero
  14. Siberkologi
  15. Pepijat Alaf
  16. MBA
  17. Rompin '99
  18. Penoda + Penggodam + Konspirasi + Intertekstualiti
  19. Realiti Maya
  20. Dotkomania
  21. Terbunuhnya Sebuah Lagi Dotcom
  22. Bin Mat Lela...Gila!
  23. 30++
  24. La Palma
  25. Arafah, Selepas Asar
  26. Joeblog dan Satu Kematian
  27. Toksin
  28. Pornutopia
  29. Jerebu dalam Blog Mak Andeh
  30. Dubai Pun Terus Berdenyut
  31. Melati di Tapal Batas
  32. Keropok Linux
  33. Sumpah
  34. Don Laoghaire
  35. Mongoloid
  36. Rahsia Hitam
  37. Mentua Sultan
  38. Paha Mak Datin
  39. Melbourne Musim Bunga
  40. Ops Badut!
  41. Lapu-Lapu Melebar Sel Muraqabat
  42. Jumeirah Jane
Catatan S.M. Zakir
"Tidak ada sebarang kumpulan cerpen sebelum ini yang menampilkan himpunan cerpen yang bersepadu mengangkat sisi dunia era baru teknologi maklumat seperti Dotkomania ini. Maka penerbitan kumpulan cerpen ini tentunya bukan sahaja menawarkan satu bahan bacaan yang menarik kepada pembaca, malah boleh menjadi dokumentasi yang menarik terhadap sisi pandangan tentang nilai dan norma masyarakat baru era zaman teknologi maklumat ini."